skybox
Latest Movie :
Home » , » Tonton Man Sewel Datang KL 2012 Full Movie

Tonton Man Sewel Datang KL 2012 Full Movie



Sinopsis: MAN SEWEL DATANG KL Osman/Man…pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon hasil peninggalan harta arwah bapanya. Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model. Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu.


Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Man yang sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kerja terpaksa memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan kehidupannya di ibu kota. Bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man, sehinggakan Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam. Namun malangnya dia ditipu. Man kemudian pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.


Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu. Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Man kemudiannya menyedari Salim dan Nadia sememangnya terbabit dalam kegiatan jenayah. Man juga sedar dia sebenarnya terjerat dalam perangkap cinta Nadia angkara Salim.


Hasil bantuan Leman dan Pak Din, seorang tukang urut tradisional yang pernah menjadi mangsa Salim, kegiatan jenayah Salim dan Nadia akhirnya berjaya ditumpaskan pihak polis. Hubungan Man dan Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan bibit-bibit cinta. Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila. Cintanya kini hanya pada Salbiah.


Tonton Man Sewel Datang KL Full Movie - CLICK HERE!
(Noted : Pastikan dah install flash player untuk tonton cerita ini)

Description: Tonton Man Sewel Datang KL 2012 Full Movie Rating: 4.5 Reviewer: Haz Issac ItemReviewed: Tonton Man Sewel Datang KL 2012 Full Movie
Written by: Haz Issac
DramaTvOnline, Updated at: 11:46 PM
Noted : Atas report dari mereka yang dengki kepada kami, setiap share dari blog post kami bermula dari tarikh post 2013, setiap share ke facebook akan dianggap sebagai SPAM and UNSAFE CONTENT. Jika anda mahu share post ini kepada rakan-rakan anda, just share kepada mereka laman website www.dramatvonline.net ini. Terima Kasih..

Masih Bingung?

Bingung


Tak tahu bagaimana untuk tonton atau download? Klik link ini How to Download, baca juga Tutorial Tonton Online jika anda masih mengalami masalah lain. Beritahu kami jika ada link yang mati/rosak dengan cara meninggalkan pesan di chatbox di laman DramaTvOnline ini..

Terima kasih...

Post a Comment

Jika anda bertanyakan soalan, sila subcribe by email di bawah. Komen anda yang dibalas diruangan post ini akan masuk ke email anda. TQ!

Like Us On Facebook

spice up your blog

Recent Post

Sponsor

Sembang Kosong


close
cbox
free website hit counter

Premium Ads

Followers

 
Disclaimer : DramaTvOnline.Net provides links to other sites on the Internet (Google Video, Youtube Video, DivX host sites, supernovatube.com, dailymotion.com, tudou.com, veoh.com, youku.com, and others) We do not host or upload any video, or films. Therefore, DramaTvOnline.Net is not responsible for the accuracy, compliance, copyright, legality, decency, or any other aspect of the content of other linked sites. If you have any legal issues please contact the appropriate media file owners / host sites.
Kerjasama Oleh : ! Oh New Beb ! | Leypark Network | Google | Ohsem News | MalayMovie
Copyright © 2011. DramaTvOnline - All Rights Reserved
Template Modified by DramaTvOnline Team