Tonton Waris Episod 8
Posted by Haz Issac
Posted on 11:49 PM
with No comments
Sinopsis penuh. Mengisahkan kehidupan Rashad dan Marisa selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar. Waris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.
Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran.
Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak perempuannya yang masih kecil, Sarah.
Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah menjadi murung dan cepat marah. Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa.
Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah bangkit semula. Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban.
Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. Selama ini, Mas Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru semula Waris.
Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. Waris perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida dan suaminya, Fariz.
Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang. Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa Sarah untuk tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya.
Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?
Lakonan : Umie Aida (Mas Suri), Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Kuza (Mas Ayu), Liza Shadan (Aida), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Fadzrin Danial (Amar).
Tonton Waris Slot Seram Episod 8 - CLICK HERE!
Description: Tonton Waris Episod 8
Rating: 4.5
Reviewer: Haz Issac
ItemReviewed: Tonton Waris Episod 8
Written by: Haz Issac
DramaTvOnline, Updated at: 11:49 PM
Masih Bingung?
Tak tahu bagaimana untuk tonton atau download? Klik link ini How to Download, baca juga Tutorial Tonton Online jika anda masih mengalami masalah lain. Beritahu kami jika ada link yang mati/rosak dengan cara meninggalkan pesan di chatbox di laman DramaTvOnline ini..
Terima kasih...
Labels:
Slot Seram TV3,
Tonton Online,
Waris











Post a Comment
Jika anda bertanyakan soalan, sila subcribe by email di bawah. Komen anda yang dibalas diruangan post ini akan masuk ke email anda. TQ!